Thursday, February 11, 2010

apa yang kau nampak tak semetinya betul.

salam.

lama sudah rasanya aku tak update blog ni.rasa rindu pula nak beremosi.hehe.tapi esok ada test microb.tapi markah tak dikira untuk final exam, so kira okaylah eh aku spend petang test untuk updata blog.hehe.

bagi sesetengah orang, blog mungkin medium untuk meluahkan perasaan(beremosi seperti aku?:P), medan dakwah, alat menyebarkan ilmu, untuk buat bisnes ke, untuk promote bakat kepada satu dunia ke(ada kan orang yang publish video nyanyi dsb) atau mungkin promote diri?(fikir sendiri).terpulang kepada masing-masing sebab ini adalah hak individu.( sebenarnya aku cuma teringin nak menulis, kalau lari tajuk janganlah kisah ye.:P)

aku rasa semakin lama aku hidup di atas muka bumi ni, semakin banyak aku belajar tentang hidup.(layakkah aku yang pengalaman tak banyak mana ni nak bercakap soal kehidupan?) apa yang akan aku tulis ni, sama ada anda nak terima, nak muntahkan balik atau nak kunyah macam chewing gum pon aku tak kisah. terpulang kepada masing-masing.

perkara yang paling aku banyak belajar adalah tentang manusia. susahnya hidup ni kalau ada manusia yang menyusahkan. gembiranya hidup ini bergantung kepada siapa yang berada di sekeliling kita pada ketika itu, tak kira di mana pun kita berada, tak kira keadaan macam mana pun kita pada masa tu. anda setuju atau tidak? mungkin ada manusia yang mengamalkan prinsip 'I CAN LIVE ON MY OWN, EVEN WITHOUT YOU'. tapi mampukan anda. selama mana? sekuat mana? bukan ke dalam hidup ni, kita memang kena hidup bermasyarakat? mampu anda untuk hidup seorang diri? kalau anda mampu, anda memang kuat. syabas.

tapi, pernah juga terdetik di hati aku, dari hidup dengan manusia yang bagi banyak masalah kepada kita, yang sakitkan hati kita, yang tak puas hati dengan kita, yang jeolous dengan kelebihan yang kita ada, BAIK KITA HIDUP SENDIRI. tapi aku rasa benda-benda macam ni memang lumrah hidup, yang mengajar kita untuk jadi manusia yang HIDUP. fahamkah anda dengan bahasa saya ni? apa yang terdetik di hati aku tuh, hanya detikan yang mungkin untuk sekejap cuma, sebab aku memang takkan mampu untuk hidup seorang diri kat dunia ini.=)

dari pengalaman-pengalaman yang telah aku lalui, aku belajar untuk lebih memahami mengapa seseorang itu bertindak sedemikian. kalau kita rasa, seorang ni memang suka mencari kesalahan orang lain, mungkin kerna dia terdidik dalam suasana yang sedemikian. mungkin juga seorang ni sangat lemah lembut sebabnya ahli keluarganya memang begitu. atau kalau anda nampak seorang ni memang outspoken habis, mungkin suasana pembesarannya memang begitu. atau anda pernah ter'encounter' dengan seorang yang memang bising, gedik, suka attract attention, mungkin sebab dirinya mengalami attention-deficiency-disorder. pelbagai 'mungkin' yang anda boleh fikirkan, sebab memang setiap manusia berbeza, suasana pembesaran setiap seorang dari kita juga berbeza. =)

ouh ya, bercakap soal kawan. kawan sebenarnya senang dicari ketika kita ON TOP OF THE WORLD. betul aku cakap ni, tak percaya, cuba korang buat-buat jadi pengemis tapi jalan, tengok ada tak kawan-kawan anda yang cuba dekati anda. atau semua cabut lari sebab takut terbau ketiak anda yang hapak itu? =)

satu lagi, yang betul-betul aku pelajari, kita tak mungkin dapat kenal hati budi seseorang itu melalui rupa luaran, physical appearance, perwatakan luaran, bak kata apa yang kita nampak dari luar lah. TAK MUNGKIN. pengenalan bertahun-tahun itu perlu untuk lebih mengenali seseorang. (bertahun-tahun? macam lama betul, takdelah sampai bertahun-tahun, aku saja je hyperbola sikit.) kalau muka tu nampak baik, macam innocent gila pon, anda pastikah hatinya sangat baik? hatinya?hatinya?hatinya? pasti? sebab saya pernah mengalami pengalaman macam ni, jawapan peribadi saya adalah tidak.tak semestinya orang yang anda nampak macam 'lain macam', moody, style lain dari orang, mulut pedas tu sangat buruk perangai orangnya. kalau mungkin kawan saya tidaklah mencecah jutaan manusia sekalipon, tapi saya pernah berkawan dengan pelbagai jenis manusia. dan apa yang saya luahkan ni hanyalah melalui pengalaman peribadi saya.

okaylah, nanti aku sambung post aku di lain hari. rasa macam dah panjang. :P

thanks for reading. :)

6 comments:

nabila ibrahim said...

"aku rasa semakin lama aku hidup di atas muka bumi ni, semakin banyak aku belajar tentang hidup"....hehe km bru je rase nak update blog n guna phrase nih..tgk2 u wrote it first..:P

neway..mmg smkin lama kita hidup smkin byk garam yg kita makan, smakin byk kita rasa masinnya...

smkin lama kita hidup ngan org tu smkin lama kita kenal org tuh, smkin byk kita beljar dri org tuh..

begitulah km, smkin lama hidup ngan mpa, smkin lama km kenal mpa walaupun x semuanya, n km smkin byk km beljar dri mpa..wahai miss observant yg byk ajar km yg x brapa nak observant nih..hehe bukannya ape..tuh sbb km x pkai spec, rabun sbb tu jadi camtuh..:P

hope..our friendship will last 4ever n ever n ever, dunia akhirat InsyaALLAH...thanks for comin to my live n help me a lot to learn about life..muaxxx..LOVE

tikah_rasha said...

loike diz post!Itulah namanya kehidupan...

driz's scribbles said...

salam kak azleen :D
not really goin to comment abt ur writings, :) but i love d song on ur mixpod :)

amirahms said...

are you going through something dear? or angry with something? =)

JHaZKiTaRo said...

salam jauh dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking jap.. kalau ada kelapangan, jemput singgah my blog.. :)

pZah said...

yup totally agree with u.
apa yg anda katakan tu mmg btol2 blaka. .

~terjumpa blog ni from tikah rasha n trus mengomen. :D