Wednesday, March 31, 2010

mama memang hebat!

hai pembaca-pembaca.(eheh. bajet ramai pula. eh, tapi kalau lebih dari satu kan dah kira plural. ;p)

tajuk saya hari ini ialah berkenaan mama/emak/ibu/mummy/mak/umi dan yang sama waktu dengannya.
Apa yang saya nak cerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya. tapi mungkin lebih kurang dengan apa yang anda semua pernah rasai.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, mama & abah dimurahkan rezeki untuk pergi ke tanah suci tahun ini dan diorang sekarang dah ada kat sana.

SO, KAK LONG RULES IN THE HOUSE! (macam best je..isk)
banyak benda kena buat kot. bagi saya banyak, mungkin bagi orang lain biasa saja. dan ianya meletihkan. sebab itulah, saya terfikir, hebatnya mama, hebatnya mama, hebatnya mama, mampu buat semua kerja seorang diri! (abah berada di luar kedah, atas sebab urusan kerja, so abah memang kerja kat situ).

Mama and abah kasi tanggungjawab untuk uruskan rumah sebaik mungkin. Mula-mula memang hati berkobar-kobar nak jadi kakak yang sangat mithali. So, try untuk jadi klon mama dalam menguruskan rumah : D . Gua cakap sama lu, 'Cakap memang senang, nak buat susah.' (atau saya ni memang pemalas? =0 )

Saya mulakan rutin dengan bangun pukul 6 pagi, kejutkan adik-adik, bangun subuh. Susah betul nak kejutkan adik kecik. GERAM BETUL BILA DAH KEJUT, LEPAS TU KATA 'NAK BANGUN LA NI KAK LONG', LEPAS TU SAYA KELUAR BILIK AND BILA DATANG CHECK SEMULA, BUDAK KECIK TU SAMBUNG TIDUR BALIK! aiyak. mama hebat sebab mampu buat tugasan ni sejak bepuluh tahun yang lalu tiap hari tanpa rasa jemu. (rasa saya, saya juga begini bila nak dikejutkan subuh :P . padan muka kak long terkena balik! )

Lepas tu, siapkan breakfast. Yang simple2 saja. Nasib budak2 ni tak demand. ;) Then, hantar adik sekolah. Lepas tu sapu laman rumah. Mama akan buat ni setiap hari dua kali sehari; pagi and petang. (Tapi saya skip yang session petang tu. pemalas betul ;p). Masuk rumah, sapu tingkat atas bawah, mop (wah, memang bakar kalori!). Kerja rumah diselang-selangkan dengan bermain anak kucing kesayangan~ :)

Lepas tu, ada masa jap, ambil masa tengok tv. Tengok ja crita apa2. Tapi E! tetap menjadi kegemaran. Dulu2 kalau ada di rumah Oprah show at 1 pm pasti ditonton. Sekarang tak lagi, tak sempat. Sebab dalam pukul 1 macam tu, adik kecik baru balik dari sekolah and kena siapkan lunch untuk mengisi perut yang berkeroncong. Setakat ni, adalah masak sikit2, and setakat ni semuanya masih edible! no complains from them, yet! Alhamdullillah. yay! I must admit that im not good at kitchen, but im trying to improve on this. Takut takde orang nak meminang nanti. (gatal! tapi salah ke?hehe :P)

Diteruskan dengan session angkat kain, and iron sambil lipat. Memang mama ajar, semua benda kena iron, kecuali benda yang sangatlah x perlu macam tuala ke, dsb. Sebab tu sesi lipat kain agak lama. Tapi kalau kat kolej, bab mengiron lah yang paling saya malas buat!

okay, malas nak type banyak, cuma saya nak listkan benda yang mama saya buat ( dan saya pasti kebanyakan dari mak kita semua buat) yang kadang2 saya tak hayati, di setiap perkara yang dia lakukan, terselit kasih sayang yang penuh mendalam yang mungkin kadang2 kita terlepas pandang.

1. setiap hari sental leher baju sekolah yang warnanya sangat hitam-benderang. (bagi yang punya adik beradik lelaki akan paham situasi ini atau perempuan yang jenis tak duduk diam aka buas)

2. setiap hari main dengan baju busuk, meskipun sekadar memasukkan baju yang sudah dipakai dari dalam bakul ke dalam washing machine. sidai baju. lipat baju (plus iron). memanglah simple je benda ni, tapi buat diorang buat benda ni setiap hari tanpa merungut selama bertahun-tahun, tidakkah kita sebagai anak2 terasa kagum ?

3. sentiasa fikirkan menu yang best untuk keluarga untuk dimasak. bagi saya, kerja di dapur memenatkan! 

4. kemas rumah setiap hari.

5. cari rezeki dengan bekerja.

6. kalau anaknya peminat beg tangan, si ibu menyokong minat anaknya dengan menghadiahkan beg2 yang sesuai dengan citarasa anaknya. (special case :P  hehehehhe, bukan semua ibu2 macam ni)

7. hanta anak pergi sekolah, tuisyen, kelas tambahan

8. doa buat anak-anak. saya AMAT PASTI, seorang ibu yang penyayang, setiap detik dalam hidupnya, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2. Apakah perkara yang lebih hebat daripada doa seorang ibu terhadap anaknya?

* semuanya simple, tapi cuba renungkan. betapa hebatnya mama melakukan kerja yang sangat rutin, setiap hari ulang benda yang sama dan buat untuk anak2 dan keluarga. saya yang baru dua-tiga hari buat benda ni pon dah penat dan bosan.sebab tu saya rasa mama sangat hebat!

p/s: hargailah orang tua anda. jum kawan2, kita jadi anak yang baik dan menyenangkan mereka jum! :D mama abah, miss u!

YA ALLAH
kurniakanlah mereka kesihatan untuk mereka beribadah kepada-MU.
YA ALLAH
permudahkan urusan mereka di sana.
YA ALLAH
Kurniakanlah mereka umrah yang mabrur.

3 comments:

amirahms said...

Alhamdulillah~... hope everything goes well for your parents.. and also your house chores ;)

~MawaddaH SKIS~ said...

aleen..
xtau pon yg parents mpa pi umrah..moga selamat smuanya..

so, for now only u n ur siblings live in d house?

hope evrything run smooth n well..
ALLAH is there, always be there for us!

aleen azmi said...

mirah n jah : thanks tau! :d
jah, x sempat nk gtau mpa, time hujung2 tu masing2 duk bz kan..:)