Assalamualaikum.
Apa yang aku belajar dari jalan-jalan tadi...
Dua-tiga hari ni, kenapa entah dalam hati aku rasa sayu sangat. Nak kata ada benda yang tak berapa elok jadi, takde la pulak. Rasa teringat sangat kat rumah. Rasa rindu dipenuhi kasih sayang ahli keluarga. Rasa rindu untuk didengari. Rasa rindu nak diberikan kata-kata pujian, kata-kata semangat. Hehe apakah? Rasa rindu nak diberikan kata-kata pujian? LOL
Bila aku rasa sedih macam ni, aku suka jalan-jalan kat city centre. Jalan sorang-sorang. Tak nak ada teman. Supaya aku hanya ada aku. Supaya masa aku hanya untuk aku. Sebab bila aku sendiri, aku mampu berfikir lebih dalam tentang segala-galanya.
Bila aku jalan-jalan, aku dapat lihat manusia-manusia lain. Dapat lihat dunia, dapat lihat kehidupan. Dan aku dapat perhatikan semua manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis ragam dan golongan. Dan selalunya, ini akan dapat menginsafkan aku. Suka bila balik je rumah, aku dapat jadi manusia yang lebih insaf. Suka perasaan ni, nikmat yang amat, Allahu! :)
Aku suka perhatikan keadaan sekeliling dan muhasabah diri sendiri. Banyak ibrah yang aku dapat kalau aku keluar jalan-jalan sorang2. Biarlah penat pun, bagi orang lain mungkin juga bazirkan masa. Tapi bagi aku, tidak. :)

Tiada manusia yang akan kekal statik di dalam kedudukannnya sekarang. Yang pasti, semua manusia sentiasa bergerak. Bergerak mencari sesuatu. Berlari mengajar impian dan angan-angan, mungkin. Tapi itu bagi mereka yang ada sesuatu yang ingin dicapai. Bagaimana dengan mereka yang merasakan tiada apa-apa lagi yang meraka inginkan di dunia ini? Pastinya, mereka juga turut bergerak, meneruskan kehidupan masing-masing, walaupun hati mereka kosong.
Maka, aku yakin, tiada kesedihan yang akan kekal. Perasaan juga turut bertukar-tukar. Ada masa sedih, ada masa gelisah, ada masa juga Allah akan bagi nikmat gembira dan bahagia. Apa-apa pun Allah, aku harap segala perasaan yang bersawang di hatiku ada nilai disisiMu.
Ya Allah, ku harap, walaupun seberat mana pun halangan yang aku tempuhi dalam hidupku, tolonglah aku untuk ringankan segalanya. Ya Allah, janganlah tinggalkan aku walau sesaat. Sungguh, redhaMu yang aku cari. Walaupun terkadang aku lalai dari mengingatiMu.
p/s: Kalaulah dekat-dekat sini ada taman atau tasik, pasti itu lebih menjadi pilhan. Apakan daya, rumah dekat dengan city centre sahaja. Huuu.
Hamba yang lemah tanpa Tuhannya,
.Aleen.
No comments:
Post a Comment