Tuesday, July 14, 2009

"aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki..."

aku benar-benar menghargai nikmatMu.selama ini aku terus mengungkit dan menyoal segala kejadian yang berlaku.tanpa aku menyedari segala apa yang Kau berikan walaupun sekecil zarah adalah yang paling terbaik buat hambaMu ini.tanpa aku menyedari ada sahaja manusia yang mendapat ujian yang lebih teruk dari apa yang perlu ku hadapi.dan jika dibandingkan dugaanku dengan orang lain,ibarat langit dan bumi sangat jauh perbezaannya.hanya sekelumit ujian hidup yang perlu aku tempuhi dan besarnya ujian terhadap orang lain tapi mereka mampu menghadapinya dengan tabah,dengan tenang dan masih mampu tersenyum memikirkan Dia menurunkan ujian ini kerana menyayangi hambaNya.kerana Dia mahu hambaNya lebih dekat denganNya.Kerana Dia sentiasa merindui rintihan hambaNya.Kerana Dia sangat ingin hambaNya berdampingan denganNya.Kerana itu,kenapa manusia seperti aku masih perlu sentiasa merungut dengan segala kejadian yang berlaku?kenapa tidak aku belajar untuk besyukur dengan setiap nikmat dan ujian yang diturunkan kepadaku?kerana Dia sentiasa berikan yang terbaik buat hamba-hambaNya kerana Dialah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.






No comments: