Friday, September 4, 2009

dan keadaan tidak akan kembali seperti dahulu

terpulang kepada kalian untuk mentafsirkan image ini.
samada ada kaitan atau tidak dengan post kali ini,pon saya xpasti
terpulang pada kalian untuk judge.
(perkataan judge lebih sesuai digunakan kerana perkataan mengahakimi bunyinya terlalu serius bagiku :P)



kita lebih mengenali hati masing-masing
sama ada baik atau buruk
dan semakin kurang mengerti akan diri masing-masing



pelik bukan?



aku pun tak pasti bagaimana keadaan ini boleh terjadi.
semakin rapat tapi jauh?
salah akukah?




tidak mengapa.
semua ciptaan dan kejadian ALLAH jadikan dengan cantik sekali.
mesti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu.
dan aku yakin pertemuanku dengan dirimu adalah sesuatu yang cantik untuk menjadikan diriku insan yang lebih cantik lagi.
dan aku pasti ini semua untuk mengajarku erti kedewasaan.



apa yang sudah berlaku, biarkan ia berlalu. kerana itu sudah menjadi kehendak yang MAHA MENGETAHUI.



dan keadaan tidak akan kembali seperti dahulu lagi.
mungkin.
mungkinkah?
atau mungkin sebaliknya?
mungkin juga sinar yang lebih cerah akan muncul pada masa hadapan.


tapi sesungguhnya hanya ALLAH jua yang MAHA MENGETAHUI.
soal hati itu rumit.
kata-kata lisan pon terkadang sukar untuk ditafsir,
apatah lagi soal hati.



aku minta maaf andai diriku ini terlalu banyak khilaf denganmu.
aku sedar aku insan yang banyak kekurangan diri.















No comments: