Saturday, February 18, 2012

Sebab aku kan 'Aleen'

Bukan jarang-jarang untuk aku selalu mendengar kata-kata sebegini,


"Eh, tak sangka aleen begini."

"Kalau siapa tak kenal aleen, tak tahu aleen begini."



Kata-kata sebegini acapkali membuatkan aku tersenyum.

Dan tiapkali, kata-kata sebegini terkeluar, maka aku tahu, orang itu baru sahaja bermula untuk mengenal sisi diri aku yang sebenar.



Baiklah. Kita manusia. Manusia ini kompleks ya. Berbagai-berbagai perangai ya.

Harapnya, tidak adalah yang sampai mempunyai personaliti yang menyeramkan macam Dr Jekyll and Mr Hyde ya? :)



sumber imej dari encik google



Beginilah, mudah cerita, mahu aku simpulkan aku ini ada mixture of both. Eh, eh bukan mixture macam dalam gambar kat atas ya? Harap maklum. Siapa betul-betul kenal aku, maka tahulah. :)



Aku memang ada trait semulajadi yang suka membuat lawak. Aku suka tersenyum. Aku suka tergelak.

Aku memang sukakan suasana ceria dan bahagia. 

Dan aku memang dibesarkan di dalam suasana begini.

Suasana di mana, setiap orang bebas untuk ekpreskan rasa masing-masing, pendapat masing-masing. 

So, tak pelik kan i love cracking jokes? Itu memang aku. Hehe. Tapi bagi sesiapa yang tak dapat tangkap jokes aku tu, harap maaf. Mungkin kita tak sama wavelength. 



sumber imej dari encik google  



Ouh ya, dan aku juga suka menyakat. Being the eldest in the family, being a kaklong, i cant help myself from 'menyakat' the people around me. Tapi, yang rapat sahaja. Kenapa? Kerana aku memang begini.



Terkadang aku terfikir, talam dua muka kah aku?

Hipokrit kah aku kalau kononnya tidak menunjukkan the true colours of my personality?

Biarlah sebab aku begini, sebab aku begitu hanya antara aku dan Allah sahaja yang tahu.



Dan aku teringat, role model terhebat, Rasulullah saw.

Baginda bercakap mengikut rentak orang di hadapan baginda.

Bukan baginda bercakap apa yang baginda mahu, tapi baginda bercakap mengikut apa yang orang sekeliling mahukan. SubhanAllah.



Bukan aku mahu katakan, aku boleh berkomunikasi sehebat baginda.
Aku siapa, baginda siapa.



Tapi aku mahu mengikut cara baginda, setakat yang aku mampu.



Okay, put aside personality gila-gila aku tu sebentar.



Ada masanya aku suka bercakap tentang hal-hal agama. Oh, bukan 'ada masanya', tapi 'sentiasa'. :)

Aku suka sentiasa diingatkan tentang Tuhan,

Aku suka selalu diingtakan tentang hakikat aku sebagai hamba.

Aku suka diingatkan tentang mati, tentang dosa, tentang syurga dan neraka.

Aku suka ilmu baru berkaitan agama Islam.

Aku suka untuk tahu tentang apa-apa sahaja yang mampu mendekatkan aku dengan Allah.



Aku hanyalah seorang manusia biasa, hidup di akhir zaman, yang struggle melawan nafsu dan segala godaan dalam persiapan bertemu mati dan TuhanNya kelak.



Sebab aku tahu aku mudah lupa, sebab itu aku suka diingatkan.

Sebab aku takut nanti bila mati, aku tiada bekalan apa-apa, sebab itu aku suka diingatkan.



Eh, saja nk tambah , aku bukan tak layan lagu selain nasheed.

Aku layan ja lagu merapek-rapek, cumanya layan Al-Quraan janganlah lupa.
(Haha tetiba cakap pasal music pilihan. :P)



Kesimpulannya,

'Aleen' ni bukanlah kompleks mana, cuma dia hanyalah seorang manusia biasa, yang sukakan suasana ceria, suka berceloteh (insyaAllah mampu diam bila perlu), di samping suka dingatkan tentang Allah dan rasulnya.

Itu sahaja.



Sesiapa yang gila-gila juga, bolehlah kita masuk air ya? :)



sumber imej dari encik google


Sajalah, aku selitkan sama, teknik dan seni Rasulullah saw dalam berkomunikasi. Baginda tahu teknik pergaulan yang berjaya mempengaruhi orang lain.


Seni interaksi Rasulullah s.a.w.:


1. Persamaan.
Cuba untuk mengikut rentak orang di hadapan anda.


2. Senyuman.
Senyuman mampu mencuri hati orang lain. Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan senyuman setiap kali salah seorang sahabat bertemu dengannya. Sehinggakan Nabi s.a.w. digelar sebagai "Wajah yang sentiasa tersenyum".


Sebahagian kita mempercayai Rasulullah sentiasa dalam keadaan bersedih. Tidak, Rasulullah tidak begitu. Sebenarnya, Nabi s.a.w. sentiasa bersenyum. Kesedihan dan kemarahan hanya berlaku dalam beberapa situasi tetapi bukan menjadi kebiasaan baginda.



3. Memberikan perhatian kepada orang lain.
Iaitu memperlihatkan kesungguhan dan hormat kepada seseorang.


Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. jika dia menoleh, dia akan menggerakkan seluruh badannya.



4. Berkongsi keprihatinan orang lain.
Perkara penting yang mampu mempengaruhi orang lain ialah melihat kecenderungannya. Bicara perkara yang dia suka. Begitulah yang dilakukan Rasulullah s.a.w.



5. Lemah lembut dalam pergaulan.
Manusia yang paling lembut dalam pergaulan ialah Nabi s.a.w.



6. Tidak menyalahkan orang lain di depan khalayak.
Cara baginda menegur seseorang ialah baginda tidak akan melakukan di depan khalayak ramai atau menyebut namanya.


Inilah yang dilakukan Nabi s.a.w. yang berjaya menarik generasi Mekah, Madinah dan sekitarnya.
(sumber: http://meydaakira.blogspot.com/2011/10/teknik-komunikasi-rasulullah-saw.html)


Love and peace,
.Aleen.







No comments: