Friday, February 17, 2012

Tamak

Assalamualaikum encik saya-tak-tahu-siapa-kamu,

Saya harap kamu sedang berusaha mana yang patut,
Dan saya sendiri tengah buat apa yang termampu,

Biar nanti Allah pertemukan kita,
Kamu suka,
Kamu bangga,
Kamu bersyukur dapat isteri macam saya.

Moga nanti Allah satukan kita,
Kita dapat rasa 'syurga' dunia,
Dapat rasa syurga akhirat juga.

Tamakkan kedua-dua 'syurga' dengan kamu,
Memang ini doa saya sejak dulu.

Salam sayang,
Aleen.

Doa pagi jumaat yang penuh barakah. Harap Allah kabulkan. 

No comments: